Persiapan Ke Matrik Part 2


Assalamualaikum dan Hai semuaaaaaaa :)

Jadi........ pada 27hb saya akan mendaftar di Kolej Matrikulasi Perak. Saya nak update laah sikit2 pasal persiapan saya ke matrik. Emm, saya akan tinggalkan negeri saya dan daerah saya iaitu, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Hurmm, sedih sebenarnya ni *lap air mata* . Saya tahu bukan saya sorang macam ni , ramai lagi.... Lainlah kalau saya dapat Matrik Gambang yg kat Kuantan nii.... takdelah saya over-sedih kan? Sebab bukan negeri orang. 

Saya mengeluh, berfikir sejenak ketika mengemas barang.. "Emmmm, adakah ini keputusan yang baik? " Tapi saya dah tetapkan kat hati, apa kata saya cuba dahulu. Berat betul hati nih nak tinggalkan rumah , mama , abah , tv dan rabbit kesayangan... Tak terkata bagaimana perasaan saya sekarang.

*Kita tinggalkan mood yg sedih sekarang*

Walaubagaimanapun, saya akhirnya siap mengemas barang2 saya. Banyak jugak... Saya cuba meminimumkan barang tetapi tidak berjaya huahuahuahua ....  Lagi2 ada satu kotak air mineral... hihihihi..

Luggage baju , bantal dan baldi+bakul+barang mandi dll


Sekotak air mineral (di belakang, tak nampak) , barang seperti kasut... dll

Banyak kan? Ni kira sikit dah ni. hahahahaha *Sedapkan hati*


Selamat tinggal keluargaku, rabbit2 ku yg comel, kawan2 ku, orang yg mengenaliku, Kuantan , dan banyak lagi.. Semoga aku berjaya di Kolej Matrikulasi Perak/ Kelantan. Semoga aku belajar bersungguh2 di sana. Semoga Allah merahmati aku dan memberkati semua pelajaran yg ku belajar di sana. Semoga Allah jadikan aku seorang yang berguna. Semoga kawan2 yg lain berjaya ketika sambung belajar. Semoga aku menjadi orang yg beriman. Amin.....

ALL THE BEST FOR KAWAN2 YG PERGI MATRIK / IPTA / IPTS & FORM 6 :)


p/s: Saya mintak maaf sangat2 kalau ada bloggers yg ajak saya join segmen/giveaway baru2 ni. Saya tak sempat nak join. Saya mungkin akan jarang update blog nih setelah bergelar pelajar matrik nanti. Kalau ada kesempatan bolehla saya cuba untuk update. InsyaAllah. Doakan saya berjaya nanti :) Tinggalkan jejak anda jika anda follow saya. Saya akan follow balik kalau ada masa. 
 Sambungan daripada: Persiapan Ke Matrik Part 1

11 Questions..... !


Assalamualaikum dan Hai semua :)

Baru2 ni ada lah Fathin * http://warmcupofcoffeeonwinter.blogspot.com/2013/05/soalan-cepumas-kepada-mangsa-tag-d.html* tag saya jawab 11 soalan. Dan ini saya dah jawab . hehehehe

RULES:
1. Post this rules.
2. Write 11 thing about yourself.
3. Answer the question the tagger set to you.
4. Create 11 new questionfor those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.


11 THING ABOUT MYSELF

1. Suka makan. Disebabkan makanan saya banyak kali mengajuk dengan mama. Sensitif kalau tak dapat makan. HAHAHA
2. Minat running man, kpop star etc.
3. Suka warna biru, ungu, kelabu , coklat .... *depend jugak* MOSTLY BIRU LAAAA.
4. Ada 4 ekor rabbit kat rumah. 2 ekor dah besar , 2 ekor baru kecik agy.
5. Tak suka orang pandang saya... hahahaha.
6. Susah nak luahkan perasaan saya. Nangis sorang diri.
7. Takut dengan tempat baru . Contoh pergi pejabat pos sorang2 ke.... Nervous !
8. Ada dark circles bawah mata...
9. Sama tinggi dengan abang saya. HIHIHI
10.Ada tiga beradik je. Saya yg bongsu.
11.Nak pergi belajar kat matrik 27hb ni kat Perak. Ahhhhh !!!

Question from Fathin:

What is your hobby?

Tengok TV , Layari internet , Dengar Lagu , Makan dan makan lagi :)

Siapa artis yang awak paliiiiiiiing sayang. Why?

Artis? Saya takde artis yg spesifik yg saya paling sayang.. Minat2 sikit adalah. Hehee. Sorry yer..

Kalau korang dapat RM 1 juta. Apa yang akan awak buat dengan duit tu?

Beli barang yg dalam wishlist saya, belanja family makan , belanja kakak shopping, melancong, bagi sikit kat orang susah..
Apa lagi ek? Banyak kot.. hihihi

Siapa orang dalam dunia ni yang paling awak sayang. Cerita sedikit tentang orang awak sayang tu.

Family dan kawan kawan saya. Family saya diaorang yg menjadi tulang belakang hidup saya. dan kawan2 pulak penghibur, peneman dalam hidup saya. I'm alone without them.

Time awak tengah jawab soalan ni, awak tengah pakai baju warna apa?

Pakai baju warna MERAHHHHH ! Hahaha

Kalau awak dapat tiket percuma untuk satu family awak, tempat mana dalam dunia ni awak nak pergi? Why?

Pergi umrah/haji dekat Mekah. Impian mama ngan abah dapat tercapai. Lagipun pergi umrah/haji lagi penting kan?

Movie yang paling korang suka. Cerita sikit tentang movie tu.



Movie? emmmmm, banyak .. Slah satunya "THE LAST SAMURAI" . Cerita ni saya tengok dekat hostel time form 2 rasanya. Tengok kat hostel separuh je sebab citer tu habis kul 12 lebih. Tak tahu kenapa, sampai termimpi2 lepas tengok cerita tuh.. Pinjam CD dengan kawan dan tengok habis. Citer ni mengisahkan tentang seorang pegawai ke ape entah dari British... Dia kena tangkap dengan kumpulan samurai. Tapi dia tak dibunuh sebab samurai2 ni ( org jepun) nak tahu macam mana org british melakukan serangan. Lelaki british nama dia Captain Nathan Algren (Tom Cruise) lama2 dia mula minat nak belajar pasal2 samurai nih. Baru dia tahu betapa kejamnya British. Akhirnya dia sanggup jadi Samurai dan menentang pihak British sampai mati dengan samurai2 lain. Sedih sangat citer sobs sobs

Kalau awak diberi peluang untuk jadi guest dalam Running Man, awak nak jadi guest untuk episode apa? Why?

Emmm, semua kot. Semua best2 . Tapi saya rasa nak jadi guest dalam episode masa mula2 dulu . Time diaorang kena pakai loceng , dan ada team pencari dan team mission. Macam best je. (Awak akan faham kalau tengok ep awal) hehehe

Post satu gambar kenangan manis awak. (tak kisah family/kawan)


Memori yang paling sweet tahun 2012.

Study group petang2 kat sekolah dengan kawan2 prepare untuk SPM 2012. Hehehe.

Senaraikan 5 azam awak untuk tahun 2013 ni.

1. Nak dapat atleast pointer 3.5 ke atas kat Matrik.
2. Nak belajar duduk jauh2 dari rumah... Nak biasakan diri.
3. Bertahan dengan kesakitan yg mungkin dialami ketika pakai braces.
4. Nak belajar bersungguh2 .
5. Nak tengok abah sihat.


That's alll ! Now my question ! MUAHAHAHAH

1. Cerita/Drama yang tengah bersiaran yang korang suka? (Tak kisah English / Malay)
2. First movie korang tengok kat panggung wayang. Dengan siapa?
3. Tips2 korang untuk berjaya.
4. Mana lagi korang minat, KFC? MCD ? BURGER KING? DOMINO PIZZA ? PIZZA HUT / Lain lain (sila nyatakan) . Kenapa?
5. Korang pernah teringin tak nak rasai cuaca 4 musim?
6. Negeri mana dalam MY ni korang dah pernah pergi?
7. Band/kumpulan yg korang minat? Tak kisah mana2 pun. Your first impression to them?
8. 5 tahun lagi korang akan jadi apa?
9. Berapa lama dah korang buat blog dan berblogging?
10. Makanan favourite korang. Jelaskan keenakannnya . Hahahaha
11. Kalau ada kuasa macam superhero , korang nak kuasa apa??


THE END.

I TAG THESE BLOGGERS :

http://misteriomuchacha.blogspot.com/
http://aynasyafiqah.blogspot.com/
http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/
http://scentofhappiness95.blogspot.com/
http://www.ainamansor.com/
http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/
http://sweetdyba.blogspot.com/
http://munauwaratul.blogspot.com/
http://littlestory-in-smallworld.blogspot.com/
http://diaryismah.blogspot.com/
http://nineteencapri.blogspot.com/

Persiapan ke Matrik Part 1


Hai dan Assalamualaikum semua :)
*eh terbalik pulak !*

Korang tahu kan saya dah decide nak pergi matrik perak. *wink wink*
Persiapan saya buat dalam 2-3 minggu sebelum pergi mendaftar kat Matrik. Kalau matrik tu tak jauh, macam matrik gambang ke takde ah risau sangat, boleh balik bila2 masa dan boleh calling2 mama suh hantar barang "Ma, barang bla bla bla tertinggal ! Tolong hantarkan !" Ni kat Perak tu, mampus ah nak balik setiap minggu... DUIT2 ! 

Banyak jugak $$$$ yang digunakan untuk membeli barang keperluan. Ada jugak barang yang dah ada tak beli ah.. Brang sekarang kan 
mahal... Takpelah... Nak buat camne nak pergi belajar kan? Saya terkejut gila sebab ada orang siap beli laptop baru lagi... GILA KAYA KORANG T.T Klau beli untuk Universiti , I understand... but nak pergi matrik pun nak beli laptop baru..? As far as I know kat matrik takdelah guna sangat *thank kakak/abang bekas matrik for the tips* Setakat untuk kelas BI ( presentation). Takpelah korang guna duit korang, bukan duit guaaa MUAHAHAHAHAHAHA ! 

Baru nak pergi matrik , belum lagi nak pergi U. Tak tahulah macam mana nanti nak pergi U. Mungkin nanti boleh save duit sikit... boleh guna barang matrik yang still okay lagi mcm baldi , hanger dan etc. Barang2 saya yang kemas sendiri... tetapi dibantu oleh kakak yang expert pasal2 ni. Dia duduk jauh dengan rumah 7 tahun. So kira expert lahh. Hahaha.

Serius banyak gak barang kuuu...

Biasalah pompuan.... banyak barang spt telekung... tudung... baju kurung... Lelaki bukan bawak pun barang2 cmni. Sebab tu ah beg diaorang sikit.. 

List barang kalau korang tak thu... boleh tengok entry nii... Barang Yang Perlu Dibawa ke Matrik

Kay cauuu dulu... Tunggu part 2 okay :)



UPU oh UPU !


Assalamualaikum dan Hai semua :)

Keputusan UPU bagi lepasan SPM 2012 pun dah keluar. Lambat update pasal ni. Hehehe.
*klik untuk tumbesaran*

Alhamdulillah saya dapat UPU - UITM dalam kos Diploma Kejuruteraan Awam di UITM Pasir Gudang Johor. Tapi ditempatkan
sementara UITM Jengka Pahang.. LOL SEMENTARA LAGI ?!!!! Matrik pun dapat sementara kat Perak. Inikah nasib kuuu?? Hahahaha.
*Untunglah dapat kampus baru .......* Kata orang camtu ah. Mak saya pun terkejut yang sy dapat sementara kat Jengka. Kalau kira2
Jengka tu dekat je ... Maybe jauh sikit macam pergi Pekan. Dalam 65km gitu ah. Tapi ... pasir gudang kat johor tuh saya check kat
google maps , HUJUNG JOHOR :O Dekat dengan singapore. Jauh 380 km habaqq maiii... *Eh cakap penang kejap* Sama je kalau pergi
Perak punn...

Fikir punya fikir saya buat keputusan untuk pergi Matrik Perak / Kelantan *saya dapat sementara kat perak je* . Lagipun
Kat Johor takde saudara mara. Yelah kalau setakat matrik pun tak sampai 6 bulan je duk Perak ( khabarnya kena duk sana satu
sem) . Kalau diploma ?! 3 tahun ! Kelantan tak kisah ah memang ramai sedara , sepupu. Lagipun  saya fikir baik saya pergi
matrik cuz saya belum decide lagi nak amik medic or engineering. Dan mungkin kalau saya dapat Chemical Engineering untuk UPU
mungkin saya pergi kott.. InsyaAllah setahun tu saya akan tempuhi dengan sabar dan berusaha untuk dapat result sekurang-kurangnya
3.5 ke atas... Tunggu saya UITM ! Saya akan datang untuk buat ijazah kat sana. hahahahaha.

p/s: seronoknya kawan2 yg lain pergi matrik penang. FOREVER ALONE KAT PERAK. hehehe

Tahniah sape yg dapat UPU. Buat keputusan dengan baik baik ! All the best :)

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan Hai semua :)

16 ME1 2013 - Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia dan guru yang telah mengajar saya dari SK Assunta Convent hingga saya ke SMK Alor Akar. Juga tidak lupa pada ustaz dan ustazah yang telah ajar saya membaca Al-Quran, tajwid dan berkaitan dengan pendidikan Islam di sekolah agama. Tanpa mereka, tiadalah ilmu yang dapat saya belajar. Tiadalah pengetahuan dalam diri saya untuk berjaya. Mungkin saya taklah begitu rapat dengan semua cikgu di sekolah tetapi saya tetap menghormati mereka.



JASAMU DIKENANG SELAMA-LAMANYA :)

Gambar sekolah rendah takde sebab masa tuh sorang2 mana ada phone / camera sendiri. Lainlah budak2 sekarang, sekolah rendah dah pakai IPhone .... 

Lalalalala~ Cakap2 pasal braces lagi !


Assalamualaikum dan Hai semua :)
Dah banyak saya join giveaway dan segmen. So, harini saya nak update pasal braces. Takkan nak post pasal giveaway/segmen je setiap hari kan? For your information, saya BELUM pakai lagi braces ni. Dalam bulan ni atau depan insyaAllah saya akan pakai. Biasalah buat kat klinik goverment hehhehehe lambat pun kemain lagi.

Sambungan dari post ni. BACA KALAU NAK TAHU KAY : LET'S TALK ABOUT BRACES

So, lepas dah check kebersihan gigi , proceed to ambil acuan gigi dan X-RAY. Jeng jeng jeng. Amik acuan gigi tuh mula2 buat yang gigi bawah kira okay lagi..... tapi part nak amik acuan gigi atas tuh menyeksakan. Dahlah simen tuh tak sedap, nak bernafas pun kena ikut mulut je, rasa nak muntah. Nurse kat situ suruh gerakkan jari kaki so kurang sikit rasa nak muntah tuh... XRAY amik kat hospital kerajaan of course dan FREE OF CHARGE.

Next appointment, jumpa dengan doktor pakar.... bincang tentang cabut gigi dan lain2. Gigi yang saya kena cabut tiga dan......... satu kena buat pembedahan kecil sebab ada kat dalam gusi. OHMAIIII... Masa tuh kira debar jugak ah dengar kena buat operation. Doktor pakar tu kata, yang nanti buat operation kat hospital , doktor pakar bedah mulut kat hospital akan keluar gigi dalam gusi tuh dan cabut 3 gigi yg perlu dicabut sekaligus. TAPI dalam keadaan bius penuh. Masa ni dah lega sikit.... sebab sakit sekaligus. Kalau biasa, kena cabut satu2, satu minggu satu gigi ... tak ke merana diri kalau macam tu nak menanggung sakit? So, setuju dan pergi ke hospital HTAA Kuantan dan check.

Nak dipendekkan cerita, akhirnnya hari untuk amik surat masuk wad. Yelah nak buat operation kan? TAPI MALANGNYA..... 2-3 hari sebelum tuh saya demam dan tekat sakit. Akhirnya tak jadi buat operation , sebab keadaan diri tak sihat, macam mana nak bius? Masa tuh dalam bulan 1 2013....

Disebabkan pakar bedah mulut hanya ada seorang kat HTAA dan doktor tu hanya buat operation setiap hari isnin jadi kenalah tunggu sampai doktor pakar tu ada kekosongan. Lagipun, kes2 kecemasan/berat akan didahulukan. Dua bulan tiada berita dari hospital...... dan akhirnya ...... mendapat panggilan daripada hospital.

BERSAMBUNG............

Let's talk about braces


Assalamualaikum dan Hai semuaa :)
Yes , dalam bulan lima ni saya akan mula memakai pendakap gigi / braces. Setelah 2 tahun lebih menunggu, akhirnya saya dalam process memakai. Saya buat dengan Klinik Kerajaan. So, kena tunggu setahun lebih jugak. Kalau nak buat kat swasta yg 3-6K tu jangan harap dapat sebab keluarga bukanlah kaya. Lagipun baik duit tu digunakan utk benda lain. Tapi kalau setakat yg klinik kerajaan punya bayaran hanyalah RM700. Kalau ada ibu bapa kerja kerajaan lagilah senang. Guna GL seperti saya.

Saya adalah survey2 dekat blog blogger yang pernah/sedang memakai braces. Memang excited lah nak pakai tapi kebanyakannya diaorang buat kat klinik swasta. Hanya beberapa je yg buat kat kerajaan punya. Yelah, klinik kerajaan kena tunggu lama... Macam saya sy daftar masa FORM 3 (2010) akhir tahun. Masa ni adalah pakat2 ngan kawan dua tiga orang nak pakai braces so kitaorang amik surat sekolah sebab boleh buat free. Daftar2 tuhh, check2 gigi pastu doktor tanya "kenapa nak pakai braces" . Dah habis sesi soal jawab tuh, keluar dapat temujanji baru pada 26/1/2011.

Masa 26/1/2011 ni tak ingat buat ape sebab dah lama sangat hahahaha. rasanya masa nih datang sekejap pastu dia cakap "okay kami akan masukkan adik dalam waiting list" hampeehh je masa tuu.... Pastu lama jugak tunggu sampailah satu masa balik dari sekolah.

(dalam kereta)
MAMA : Klinik dah telefon . Dia tanya still nak buat ke braces. Pastu mama ckaplah nak teruskan. Dia suruh datang klinik.

Exitedlah sebab dah lama tunggu. Yelah, masa tuh dah malas nak buat braces . Tiba2 dapat harapan. JENG3. Pastu pergi klinik , dia check kebersihan gigi. Klinik kerajaan dia strict sikit. Kalau gigi tak bersih , dia takkan teruskan rawatan. Dia ajarlah cara berus gigi dgn bersih, flos . Macam balik darjah satu pun ada. Masa dia check kebersihan ni, dia akan suruh kita kemam ubat warna pink... tak rasa apa2 cuma nnti lepas berkumur kita akan nampak lah warna pink melekat kat gigi. Kalau ada warna pink tuh maksudnya gigi kita tak dicuci dengan bersih. Pastu saya disuruh utk memberus gigi, dia akan lihat hasil selepas saya gosok gigi. Kalau still ada lagi maksudnya cara saya gosok gigi tak betul. Part ni lah banyak ku sangkut sebab gigi kan berlapis so susah nak gosok tempat tu. TIGA KALI saya repeat buat benda sama. Sebelum kali terakhir check kebersihan gigi, memang saya selalu gosok gigi dan amalkan mengflos gigi. Akhirnya menjadi kebiasaan pulak.

Okay habis cerita tuhh, akhirnya saya diberi appointment lain , yg tuhh kena sambung nnti ler... penat dah ni ! HAHAHAHA.

Perhatian Kepada Bakal Pelajar Kolej Matrikulasi 2013/2014


Assalamualaikum dan Hai semua :)

Nampak title tuh. Wah, macam nak buat pengumuman raya pulak. Takdelah , sebenarnya nak bagitahu kat kawan kawan batch 95's yang dapat tawaran Kolej Matrikulasi je.
Korang , kena bukak laman web Kolej Matrikulasi yang korang ditawarkan. Sebab, nanti kat sana korang kena print borang , peraturan khusus, pelekat kenderaan utk masa pendaftaran, etika pakaian , map yg menunjukkan cara2 ke matriks anda dan lain2. 

Yang ni penting sangat kalau korang nak pergi mendaftar di kolej yang korang ditawarkan. Sebab..... yelah pelekat kenderaan tu utk pak guard kolej tuh tahu kita datang nak daftar . Itu sebagai contoh.

Bukan website kpm je korang kena bukak, kena bukak jugak laman web kolej matrikulasi masing masing. In other words , STAY ALERT.

LINK LINK KOLEJ MATRIKULASI YG KORANG KENA BUKAK.
Kolej Matrikulasi Melaka : http://www.kmm.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan : http://www.kmns.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Johor: http://www.kmj.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Kedah: http://www.kmk.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang:http://www.kmpp.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Perlis:http://www.kmp.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Perak:http://www.kmpk.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Pahang: http://www.kmph.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Selangor:http://www.kms.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Labuan: http://www.kml.matrik.edu.my/entry/
Kolej MARA Kuala Nerang:http://www.kmkn.edu.my/
Kolej MARA Kulim:http://www.kmkulim.edu.my/
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor:http://www.kmtj.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang: http://www.kmtph.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah: http://www.kmtk.matrik.edu.my/

Perjalananku Selepas SPM Part 2


Assalamualaikum dan Hai Semua :)

Banyak betul giveaway dan segmen saya join. Saje nak luangkan masa yang ada ni sekali sekala dengan join2 segmen/giveaway ni. hehehe. Nanti dah nak masuk matriks ke universiti ke dah tak ada masa macam ni. Nak fokuskan pelajaran pulak. Dah berbulan2 menanam anggur kat rumah ni. hahaha.
Haritu mama ada tanya :

MAMA : Adik nak masuk matriks ke nak buat diploma kat U? (Yes, im the youngest )
ME: Entahlah, kalau boleh matrik je . Senang setahun je belajar.
MAMA: Kalau macam tuh , kena belajar betul2 lah. Jangan main2.
ME: Okay !

Even UPU belum keluar lagi, my heart is now 70% towards MATRIKULASI. Memang ramai ckp susahla, apa lah. Tapi kita tak cuba tak tahu kan macam mana. TAWAKKAL INNAHU,DOK TRY DOK TAHU ! hahaha. Semua benda susahlah , diploma ke form 6 ke. Kalau kita dah tetapkan dalam diri benda tu susah, memang jadi susahlah. Kan? So, kena positif dan cuba kalau anda yakin.

Saya bukanlah yakin , over confident ! Tapi saya rasa Matrikulasi adalah peluang saya untuk menjadi doktor which is my fav career. IDK why. HAHA. Ataupun engineer. Yeah typical career everyone want. *-*

Cabaran saya adalah :
1. Belajar dengan bersungguh-sungguh, rajin , dan seangkatan dengannya sebab saya bukanlah seorang yang rajin. Sikit -sikit adalah.
2. Belajar jauh dari rumah. Yes, from Pahang to Perak then Kelantan. ( Saya nak cuba. Bila lagikan? )
3. Mengharungi satu tahun di matrik yg penuh liku2. hahahaha

Walauapapun saya akan tengok dulu, keputusan UPU macam mana. Ada 30% lagi kan ? Hahahaha.

List barang dah buat..... minggu depan kot beli barang semua !
p/s: Anda bagaimana?

Sambungan daripada : Perjalananku Selepas SPM Part 1

Barang yang perlu dibawa ke Matrik


Assalamualaikum dan Hai semua !
Okay, budak2 matrik termasuklah saya (insyaAllah kalau UPU tak dapat yang ku nak) akan mendaftarkan diri di kolej matrikulasi masing2 pada 27 MEI 2013 selain kolej di kuantan (26 MEI 2013) dan kolej di labuan (19 MEI 2013). Hurmmm, tinggal tak sampai satu bulan lagi nak gi sambung belajar. Fuhh, cepatnya masa berlalu. Jadi, dengan masa masih tertinggal ni sebelum masuk matrikulasi kenalah sediakan/beli barang yang perlu dibawa. Nak beli lepas UPU keluar pun takpe. Tapi baiklah kita "sediakan payung sebelum hujan kan". Lagipun barang2 keperluan di matriks dan IPTA takdelah beza mana pun.

Soooooo... This is the list of things you will need :


Lelaki:
Baju T-shirt berkolar – min 3, tali pinggang, baju melayu, songkok,baju kemeja tanpa corak-min 3, tali leher, seluar slack hitam –min 3, kasut kulit/pvc, baju tidur

Perempuan:
Baju kurung-min 3, telekung 2 pasang, baju t-shirt berkolar berlengan panjang-min 3,kasut kulit/pvc, baju tidur, tudung (bawal,selendang dll),sanitary pad, pakaian dalam, pengikat rambut, kerongsang, singlet/inner,kain dalam,anak tudung

Lain-lain:
Sejadah,selimut,kasut sukan, kiwi kasut,stoking,seluar trek, hanger/penyangkut baju, sarung bantal,cadar, bantal(kdg2 xda),selipar (biasa+mandi), mangga kunci x2 , bakul baju, sepit baju, bedak, minyak wangi,sikat, deoderan,lotion, sweater(in case),putik kapas, pengepit kuku, iron, beg kuliah, surat khabar(nk alas almari pkaian /dll), plastic bag, jam loceng, cermin kecik,tong sampah kecik(xnak pun tkpe), sewing kit (emergency), pewangi locker, pendrive(utk assignment), charger phone, spray nyamuk/ubat nyamuk, tuala kecil, tisu, jam tangan, cermin mata(jika ada), extension pug(kalau nk pakai lebih plug)

Barangan mandi/basuhan:
baldi, gayung/cebok,shampoo, sabun badan, berus gigi, ubat gigi, berus baju basuh, sabun basuh,pelembut kain(pilihan), kain basahan/batik,pencuci muka, tuala,bakul kecik letak barang mandi

Makanan:
Biskut,roti,pinggan, mangkuk, sudu, gelas, garfu, bekas makanan( letak biskut/tapau makanan), air mineral, bekas air minuman, thermos(simpan air panas), milo/necafe 3in1/yg lain2,

Alatan belajar:
Pen, pensel , A4 paper, Test pad, Fail, gunting, selotape, stapler, bekas pensel dll , (fikirlah ap yg ptut), kalkulator, geometrical set, kamus, buku nota, buku rujukan,

Kesihatan:
Panadol,minyak angin, ubat luka, handiplas, ubatan yg lain

****Penting:
Borang2,salinan ic dan salinan surat beranak, beg duit, kad bank, gambar ukuran pasport


Yg lain yg korang rasa perlu bawak lah yer. Saya cuma mahu membantu. hihihihi. Ada barang yg kita boleh share ngan roomate kita.
 OKAYYY Byeeeee !

p/s: nk copy boleh tapi credit yerrr.
designed by Charming Templates