Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Sabah (Part 1)

Assalamualaikum dan Hello !

Lepas je habis matrikulasi dekat Perak (KMPk) , Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Wahhh jauh kannn.. Yup pada mulanya aku rasa sedih , takut dan gementar sebab dapat tawaran di negeri Borneo. Rasa jauh gila dari rumah sebab nak pergi sana kena naik kapal terbang (Flight). TAPI, mungkin ada hikmah Allah aturkan perjalanan hidup aku macam ni. Alhamdulillah aku SERONOK SANGAT SANGAT dapat belajar di Sabah. Tak dapat belajar jauh nun oversea , dapat pergi  over the sea (seberang laut) pun okay dah ahaha.

Pejam celik pejam celik sekejap je 4 tahun di sana. Aku telah bergraduasi pada November 2018 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan & Pemakanan dengan Kepujian. Kalau nak tahu pasal course ni, kena tunggu posting seterusnya hehe. Nanti aku update yee! Salah satu sebab aku tak tolak tawaran belajar di UMS ni adalah sebab aku minat course yang aku dapat! Dan sebenarnya aku tak ingat aku ada mohon UMS tapi aku hanya ingat aku mohon course ni je haha. Okaylah tu, dapatlah naik kapal terbang selalu (Realiti : 2 kali setahun je naik flight , pastu habis duit untuk beli tiket flight je sob sob).

Okay aku mulakan dengan ... 

➤ FIRST YEAR

Orang cakap kena pergi dulu baru tahu macam mana rasanya. Yup betul tu. Mula-mula jelah tak biasa tapi lama-lama mesti dah boleh adapt dengan semua benda. Bila duduk jauh dengan keluarga ni, korang kena lah cari kawan-kawan yang boleh kurangkan perasaan homesick korang. Alhamdulillah, roomate aku masa tahun pertama degree aku dapat yang baik-baik dan satu kepala. (Kami masih berhubung sampai sekarang). Hi korang, kalau korang baca post ni 😉

Dari kiri : Iema , Aku , Piqa , Masyi 

Untuk pelajar tahun pertama, korang akan dapat kolej kediaman untuk dua semester. Masa aku first year,  aku tinggal kat Kolej Kediaman Excellent. Kolej E ni konsep macam satu rumah dan tiga bilik. Setiap bilik ada empat orang dan ada bilik yang dua orang (biasanya pelajar senior akan duduk). Roomate aku masa first year adalah Iema (Terengganu) , Masyi (Sabah) & Piqa (Kedah). Memang banyak kenangan pahit & manis dengan diaorg hehe. Nak tulis kat sini memang tak cukup haha.

By the way, waktu aku first year, aku jenis pelajar yang pergi kelas pastu balik bilik. Mungkin sebab aku takde kawan yang rapat selain roomate aku dan coursemate kot hahaha. Kebanyakkan masa aku akan keluar pergi mana-mana dengan roomate aku je walaupun kitaorang semua lain course dan fakulti.

Ni kitaorang pergi fun fair kat Stadium Likas. Main 2-3 game terus nak muntah haha. 


Sebenarnya masa first year aku struggle jugaklah nak menyesuaikan diri dengan pembelajaran di universiti sebab serius lain gila dari pembelajaran di matrik dan sekolah. Secara jujur, result exam aku tak hebat mana haha tapi cukup makan untuk survive hehehe. Adik-adik yang masih/akan berada di university, belajar laa elok-elok okay? Disebabkan fakulti aku duduk nun jauh di belakang, aku selalu jalan kaki pergi dan balik kelas sebab bas jarang pergi fakulti kami. (Sedih kan?) Masa tu grab dan uber tak wujud lagi, jadi jalan kaki jelah solusinya. Kadang-kadang sebab takut lambat masuk kelas (lecturer garang), sanggup aku dan coursemate jalan kaki pergi dewan kuliah atau kelas (bukan dekat tau, nanti korang masuk ums korang tahu la haha).



TIPS ! Bas kat UMS tak banyak jadi korang kena berebut (jadi Sparta kejap) untuk naik bas. Perempuan ayu pun boleh jadi HULK sebab nak berebut bas punya pasal hahah.

Bila semester dua, baru aku ada keyakinan untuk sertai Persatuan Mahasiswa Fakulti. Alhamdulillah, aku dapat pegang jawatan sebagai Exco Penerbitan & Informasi PMFSMP. Banyak yang aku belajar bila dalam persatuan ni walaupun aku bukan berapa bagus. Contoh, macam mana nak urus masa dengan program , macam nak berkomunikasi dengan baik serta aku dapat kenal dengan pensyarah dan pelajar fakulti lain. Kenangan paling best masa jadi PMFSMP, kitaorang sediakan berbelas ribu muffin untuk pelajar baharu waktu Minggu Suai Mesra (MSM) sesi 2015/2016. 


Korang ingat lagi tak pada tahun 2015 waktu Sabah ada gempa bumi ? Masa gempa bumi tu berlaku, aku dan yang lain semua tengah tidur (yelah haritu hari ahad). Lepas tu, kitaorang bangun sebab rasa bergoyang, ingatkan ada orang goncang katil. Bila dah separuh sedar, baru kitaorang tahu yang bangunan kolej sebenarnya bergoyang! Tapi tak lama pun, dalam 20 saat macam tu kot. Alhamdullilah dekat UMS takde benda serius yang berlaku tetapi kitaorang semua trauma jugak untuk beberapa hari sebab masih rasa gempa susulan dan tak pernah rasa macam mana gempa bumi. (Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika gempa bumi tersebut). 

Okay tu je untuk yang first part. Next part aku akan cerita pasal pulak pengalaman aku di tahun kedua & ketiga . Bye bye :) 

Nota Kaki : BTW, aku masih kekok nak menulis blog, jadi aku minta maaf kalau penulisan aku tak berapa baik dan menarik. Apa-apa cadangan dan penambahbaikan boleh bagitahu dekat SINI

7 comments:

  1. Assalamualaikum.. hai fellow alumni umsian haha..
    sy alumni psikologi.. baru tau ada blogger study ums juga.. nice to meet you ^^
    sy follow ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Wahhh alumni batch berapa ni? Saya dah follow back :)

      Delete
  2. menarik blog ni...good sharing and nice blog dik..anyway..akak nk share ,ade adik2 lepasan spm ?nak cuba mohon utk program pendidikan awal kanak kanak?trus wsp sis k sis bg info 011-16930576...intake utk nov dh dibuka bole mohon =progrm kerjasama UPSI ni.. dan jika ada brminat bidg nursing/farmasi pun bole pm sis..sis bg info...dh 8 tahun sis jaga program akademik bolehla sis advice ckit ckit

    ReplyDelete
  3. Ya Allah rindunya ums. Saya batch 2009/2010 food science

    ReplyDelete
  4. Menarik sis. Terbaik. 😀

    ReplyDelete

designed by Charming Templates