Nutox Cleansing Oil Review

Assalamualaikum dan Hello !

Dah berhabuk pun blog sebab dah lama kena tinggal hahaha.. Sekarang tahun 2019 baru ada semangat balik nak berblogging hehe. Please support me okay? Harini nak kongsi dan nak review pasal produk Nutox Cleansing Oil.


Cleansing Oil adalah salah satu cara/pilihan untuk korang cuci makeup , kotoran dan lebihan minyak kat muka korang. Biasanya orang pakai pencuci muka atau Micellar water. Ada jugak orang akan pakai cleansing oil untuk buat Double Cleansing. Kelebihan pakai cleansing oil adalah dia boleh tanggalkan makeup yang waterproof atau susah nak tanggal. Kedua, tak perlu pakai Cotton  pad

Sebenarnya haritu nak beli Hada Labo Cleansing Oil tapi takde stok. So, my second choice was Nutox Cleansing Oil. Beli time sale kat Guardian , harga dia RM25.50 selepas potongan 40%. Harga biasa RM42.50. Berbaloi kalau korang beli time sale tau! 


*Sebelum pakai Nutox Cleansing Oil*
*Semasa pakai Nutox Cleansing Oil*

*Selepas pakai Nutox Cleansing Oil*

*Apa yang aku suka tentang Cleansing Oil Nutox*
No Paraben, No Mineral Oil, No Alcohol & No Fragrance*


Bahan-bahan dalam cleansing oil ni korang boleh tengok kat sini : Nutox Cleansing Oil . Boleh laa tengok kalau bahan-bahan dalam cleansing oil ni elok ke tak dengan jenis muka korang. Setelah aku pakai selama 3 bulan, cleansing oil ni memang bagus dalam tanggalkan makeup yang waterproof dan tak memberi kesan negatif kat muka aku. Kalau yang baru nak cuba pakai cleansing oil, korang boleh cuba Nutox Cleansing Oil. Recommended! Mula-mula pakai rasa pelik sebab macam letak minyak kat muka tapi dia tak rasa berminyak pun muka lepas cuci haha.

Tu sahaja daripada aku kali ni. Selamat mencuba yerr...


1 comment:

  1. The new Las Vegas casino hotel and sportsbook opens
    The newly 삼척 출장마사지 renovated Las Vegas 광주광역 출장안마 casino hotel and 경상북도 출장마사지 sportsbook opens with 청주 출장샵 50,000 square feet of casino 구미 출장안마 space. The Wynn hotel is the

    ReplyDelete

designed by Charming Templates