Showing posts with label sains makanan dan pemakanan. Show all posts
Showing posts with label sains makanan dan pemakanan. Show all posts

Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Sabah (Part 2)


Okay sambungan dari posting lepas.. nak citer pasal tahun kedua dan ketiga aku di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Aku rasa inilah waktu puncak dimana terdapat paling banyak kenangan manis & pahit aku di UMS. Kalau nak tahu, teruskan membaca yerr…

PART 1 : Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Sabah

TAHUN KEDUA

*Outing ramai-ramai pergi Kota Kinabalu Wetland*

Disebabkan aku kurang aktif masa first year (yelah orang suruh turun join program taknak hahah), automatik aku tak dapat kolej kediaman untuk tahun kedua. Sebenarnya, aku dan roommate dah dapat agak... Jadi hujung semester dua kami mula cari rumah sewa dekat dengan UMS. Alhamdulillah kami dapat sewa rumah kat Tower B ( dkt 1Borneo mall sebelah UMS). Tapi kami kongsi rumah sewa tu seramai 10 orang sebab sewa mahal. TAPI! Rumah tu dah ada katil, sofa, meja makan, dapur gas, peti sejuk dan mesin basuh. Boleh tahanla dengan harga sewa dia dan owner rumah memang bagi duduk maximum 12 orang. Seronok la duduk rumah sewa ni sebab hari-hari kitaorang dapat pusing 1Borneo Mall hahaha. Dah jadi rumah kedua pun. Anggaran perbelanjaan untuk sewa rumah : RM 200+ sebulan.

Bila duduk rumah sewa ni dapatlah kami masak makanan sendiri. Jimat la sikit duit. Kami satu rumah selalu jugak buat makan-makan (kongsi duit bahan basah & kering), lebih-lebih lagi Iema pandai masak. Request je nak makan apa dan beli bahan sekali, dia akan masakkan haha. Pandai menyanyi pulak tu Iema ni hahah. Disebabkan kami majoriti orang Semenanjung, Hari Raya Aidiladha memang kitaorang tak balik.. Jadi kitaorang ada jugak masak-masak untuk satu rumah dan kawan-kawan. 

*Salah satu aktiviti masak-masak antara housemate*

Kalau pergi kelas kat fakulti, aku akan jalan kaki dengan Mai (coursemate aku yang tinggal sekali) ikut jalan belakang 1Borneo (shortcut) sebab malas nak tunggu bas. Kami lebih suka jalan kaki ke fakulti daripada naik bas sebab ; 1) malas nak berebut naik bas , 2) makan masa sebab bas perlu buat pusingan jauh sebelum sampai fakulti kami. Sebenarnya bahaya tau lalu jalan tu tapi kami akan lalu situ kalau berdua atau ramai-ramai je. Alhamdulillah tak pernah ada benda bahaya berlaku sepanjang kami lalu cuma persekitaran jalan shortcut tu tak berapa bersih la huhuhu. Ok dah citer pasal rumah sewa.
*Program Fakulti ke Kudat - Gambar di Simpang Mengayau*

Bila aku dah habis pegang jawatan sebagai exco dalam Persatuan Mahasiswa FSMP, aku tak ada rancangan pun nak pegang apa-apa jawatan. Tapi, tup-tup tiba2 bertanding jadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk wakil fakulti. Mula-mula aku macam takde keyakinan tau sebab aku tau aku masih baru dalam dunia kepimpinan. Lagipun zero knowledge tentang politik kampus ni. Suka sangat complain pasal MPP lepastu last-last diri sendiri jadi MPP hahahah😆 

Bila dah jadi MPP, aku mula ada geng Ayam’s – Amirah & Arinah (akak medic). Amirah ni satu fakulti dengan aku tapi lain course. Jadi masa kitaorang jadi MPP barulah kitaorang rapat. Kebetulan pulak kami bertiga konvo pun pada tahun yang sama hehehe … Kalau korang ada baca post ni, I hope you guys doing just fine eventhough we less contact each other now. 💕💕💕💕


Pasal MPP, aku tak nak cerita lebih sebab takut orang cakap aku angkut bakul sendiri. Bagi aku, jadi pemimpin ni bukan berdasarkan layak atau tidak layak seseorang TAPI adalah berdasarkan usaha pemimpin itu untuk membantu orang di bawahnya. Aku bersyukur atas peluang yang diberikan dan harapnya usaha yang telah aku curahkan sampai ke tujuannya. Biasalah kita tak boleh puaskan hati semua orang...Perkara paling seronok adalah dapat berkenalan dengan ramai orang dan belajar banyak perkara. Dari student yang tak suka turun program macam student 3K (Kuliah,Katil,Kafe), aku berubah menjadi pelajar yang aktif di universiti hahaha 😝 

Untuk junior yang nak jadi MPP atau pegang jawatan dalam mana-mana organisasi di universiti, aku sangat galakkan sebab masa inilah korang nak belajar banyak perkara dan asah kemahiran insaniah (softkills). Kalau tiada pengalaman dalam dunia kepimpinan, cuba dari bawah dahulu, jangan tergopoh-gapah nak pegang jawatan tinggi... Lagi satu, niat kena betul.. pegang jawatan untuk apa.. JANGAN SESEKALI PEGANG JAWATAN SEBAB NAK JADI POPULAR. (Popular sebab pencapaian okay lagi). 

*Masa ni first time pergi kenduri kahwin dekat Sabah*

Masa tahun kedua & ketiga ni, aku memang aktif dengan program. First time dapat join Minggu Suai Mesra (orientasi pelajar baharu) dan Tamu Gadang (pesta konvokesyen). Tapi yang nanti aku share dalam post lain okay? Banyak sebenarnya perkara yang aku nak share tapi nanti post ni jadi panjang pulak. Tu la serba sedikit cerita sepanjang tahun kedua & ketiga aku di UMS... Post ni pun dah tertangguh selama berbulan-bulan sebab tak cukup masa nak menulis. Kita letak gambar jelah ye.. 

*Kenangan semasa MSM22 - Ada kereta rosak kat gate UMS, habis semua MTME datang berkumpul untuk tolong hahaha LOL*

*Kali kedua (maybe) pergi Pulau sekitar Kota Kinabalu - Abaikan muka gue hahaha

*Sambutan Hari Raya Aidiladha dalam Kampus*


Terima kasih sebab membaca hingga akhir. Tunggu ya sambungan post ini. Doakan aku ada masa untuk menulis lagi. Bye bye. 

Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Sabah (Part 1)

Assalamualaikum dan Hello !

Lepas je habis matrikulasi dekat Perak (KMPk) , Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Wahhh jauh kannn.. Yup pada mulanya aku rasa sedih , takut dan gementar sebab dapat tawaran di negeri Borneo. Rasa jauh gila dari rumah sebab nak pergi sana kena naik kapal terbang (Flight). TAPI, mungkin ada hikmah Allah aturkan perjalanan hidup aku macam ni. Alhamdulillah aku SERONOK SANGAT SANGAT dapat belajar di Sabah. Tak dapat belajar jauh nun oversea , dapat pergi  over the sea (seberang laut) pun okay dah ahaha.

Pejam celik pejam celik sekejap je 4 tahun di sana. Aku telah bergraduasi pada November 2018 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan & Pemakanan dengan Kepujian. Kalau nak tahu pasal course ni, kena tunggu posting seterusnya hehe. Nanti aku update yee! Salah satu sebab aku tak tolak tawaran belajar di UMS ni adalah sebab aku minat course yang aku dapat! Dan sebenarnya aku tak ingat aku ada mohon UMS tapi aku hanya ingat aku mohon course ni je haha. Okaylah tu, dapatlah naik kapal terbang selalu (Realiti : 2 kali setahun je naik flight , pastu habis duit untuk beli tiket flight je sob sob).

Okay aku mulakan dengan ... 

➤ FIRST YEAR

Orang cakap kena pergi dulu baru tahu macam mana rasanya. Yup betul tu. Mula-mula jelah tak biasa tapi lama-lama mesti dah boleh adapt dengan semua benda. Bila duduk jauh dengan keluarga ni, korang kena lah cari kawan-kawan yang boleh kurangkan perasaan homesick korang. Alhamdulillah, roomate aku masa tahun pertama degree aku dapat yang baik-baik dan satu kepala. (Kami masih berhubung sampai sekarang). Hi korang, kalau korang baca post ni 😉

Dari kiri : Iema , Aku , Piqa , Masyi 

Untuk pelajar tahun pertama, korang akan dapat kolej kediaman untuk dua semester. Masa aku first year,  aku tinggal kat Kolej Kediaman Excellent. Kolej E ni konsep macam satu rumah dan tiga bilik. Setiap bilik ada empat orang dan ada bilik yang dua orang (biasanya pelajar senior akan duduk). Roomate aku masa first year adalah Iema (Terengganu) , Masyi (Sabah) & Piqa (Kedah). Memang banyak kenangan pahit & manis dengan diaorg hehe. Nak tulis kat sini memang tak cukup haha.

By the way, waktu aku first year, aku jenis pelajar yang pergi kelas pastu balik bilik. Mungkin sebab aku takde kawan yang rapat selain roomate aku dan coursemate kot hahaha. Kebanyakkan masa aku akan keluar pergi mana-mana dengan roomate aku je walaupun kitaorang semua lain course dan fakulti.

Ni kitaorang pergi fun fair kat Stadium Likas. Main 2-3 game terus nak muntah haha. 


Sebenarnya masa first year aku struggle jugaklah nak menyesuaikan diri dengan pembelajaran di universiti sebab serius lain gila dari pembelajaran di matrik dan sekolah. Secara jujur, result exam aku tak hebat mana haha tapi cukup makan untuk survive hehehe. Adik-adik yang masih/akan berada di university, belajar laa elok-elok okay? Disebabkan fakulti aku duduk nun jauh di belakang, aku selalu jalan kaki pergi dan balik kelas sebab bas jarang pergi fakulti kami. (Sedih kan?) Masa tu grab dan uber tak wujud lagi, jadi jalan kaki jelah solusinya. Kadang-kadang sebab takut lambat masuk kelas (lecturer garang), sanggup aku dan coursemate jalan kaki pergi dewan kuliah atau kelas (bukan dekat tau, nanti korang masuk ums korang tahu la haha).



TIPS ! Bas kat UMS tak banyak jadi korang kena berebut (jadi Sparta kejap) untuk naik bas. Perempuan ayu pun boleh jadi HULK sebab nak berebut bas punya pasal hahah.

Bila semester dua, baru aku ada keyakinan untuk sertai Persatuan Mahasiswa Fakulti. Alhamdulillah, aku dapat pegang jawatan sebagai Exco Penerbitan & Informasi PMFSMP. Banyak yang aku belajar bila dalam persatuan ni walaupun aku bukan berapa bagus. Contoh, macam mana nak urus masa dengan program , macam nak berkomunikasi dengan baik serta aku dapat kenal dengan pensyarah dan pelajar fakulti lain. Kenangan paling best masa jadi PMFSMP, kitaorang sediakan berbelas ribu muffin untuk pelajar baharu waktu Minggu Suai Mesra (MSM) sesi 2015/2016. 


Korang ingat lagi tak pada tahun 2015 waktu Sabah ada gempa bumi ? Masa gempa bumi tu berlaku, aku dan yang lain semua tengah tidur (yelah haritu hari ahad). Lepas tu, kitaorang bangun sebab rasa bergoyang, ingatkan ada orang goncang katil. Bila dah separuh sedar, baru kitaorang tahu yang bangunan kolej sebenarnya bergoyang! Tapi tak lama pun, dalam 20 saat macam tu kot. Alhamdullilah dekat UMS takde benda serius yang berlaku tetapi kitaorang semua trauma jugak untuk beberapa hari sebab masih rasa gempa susulan dan tak pernah rasa macam mana gempa bumi. (Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika gempa bumi tersebut). 

Okay tu je untuk yang first part. Next part aku akan cerita pasal pulak pengalaman aku di tahun kedua & ketiga . Bye bye :) 

Nota Kaki : BTW, aku masih kekok nak menulis blog, jadi aku minta maaf kalau penulisan aku tak berapa baik dan menarik. Apa-apa cadangan dan penambahbaikan boleh bagitahu dekat SINI

designed by Charming Templates