Review : SILKYGIRL Pure Fresh Micellar Cleansing Wipes

Assalamualaikum & Hai.

Korang pernah dengar tak, SILKYGIRL Pure Fresh Micellar Cleansing Wipes? Kalau ya, kena baca review ni. Kalau tak, korang pun kena baca 😄


Sebenarnya, produk ni aku dah pakai dalam 4 paket . Satu paket ada 20 helai tisu basah (wipes) yang mempunyai sifat Micellar. Menurut Silky Cosmetics , produk ini berkesan untuk memberi kulit berasa bersih dan lembap dengan formulasi Micellar molecules yang membersihkan makeup, kotoran dan minyak dari kulit secara lembut. Terdapat juga ekstrak Aloe Vera yang membantu untuk melembapkan dan membaiki kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit , tiada alkohol dan pewangi. 

Harga dekat pasaran (Guardian & Watsons) 👉 RM10.50 . Aku beli time sale 50% dapat harga 👉RM5.25 . (Digalakkan korang beli waktu sales sebab lebih berbaloi). Jadi, aku pun beli 3 paket terus masa sales tu hahaha

Paket pertama aku pakai (my first impression) : Aku tak pasti lah paket pertama aku ni bermasalah ke apa sebab set wipes yang pertama aku pakai berbau masam. Cek tamat tempoh lambat lagi , ragu-ragu lah nak pakai tapi habis jugak pakai satu paket tu dan Alhamdulillah tak beri kesan negatif dekat muka aku. Cuma lepas aku pakai wipes SilkyGirl ni aku akan cuci muka pakai cleanser sebab bau masam dia melekat huhuhu.

Paket seterusnya bau masam tu takde, punyalah aku berfikiran positif sebab ingatkan bau tu benda normal hahaha. Yang ada bau Aloe Vera jelah (ada jugak perasaan ragu-ragu sebenarnya nak pakai paket seterusnya sebab takut ada bau masam jugak hahah). Mungkin nasib aku dapat paket yang macam tu. 😂

SILKYGIRL Pure Fresh Micellar Cleansing Wipes ni bagi aku 6/10. Aku bagi skor rendah sebab first impression aku. Sesuai untuk korang yang nak cuci makeup atau kotoran sebelum solat dan untuk korang yang tak mau rasa leceh kena bawak micellar water/cleansing water dan seumpamanya. TAPI digalakkan korang untuk cuci muka dengan cleanser lepas pakai wipes ni. Sebab mungkin wipes ni tidak akan tanggalkan 100% makeup yang waterproof walaupun dekat packaging cakap NO RINSE . (Hari tu aku cuba tanggalkan Lipmatte Maybelline kat bibir, masih ada sisa-sisa kat bibir walaupun dah gonyoh banyak kali hahaha). Kalau muka korang tak pakai heavy makeup, atas korang lah nak cuci muka dengan cleanser ke tak. 


Wipes ni pun tak bagi kesan negatif dekat muka aku dan berbaloi untuk dicuba 👌 BTW, muka aku jenis tak sensitif jadi bahagian ingredients aku tak alert mana. Tapi kalau korang ada muka jenis sensitif, korang perlu check dulu ingredients sebelum beli okay? Boleh check kat sini : http://www.cosdna.com/ .


Aku jugak ada buat video untuk tunjuk korang macam mana aku pakai SILKYGIRL Pure Fresh Micellar Cleansing Wipes. Sorrylah aku masih beginner dalam buat video hahahahaha


Okay tu sahaja. Kalau ada-ada pertanyaan dan cadangan boleh tulis kat Shoutbox tau! Bye :)

No comments:

Post a Comment

designed by Charming Templates