Tutorial : Semak penyata baki PTPTN

Assalamualaikum & Hi !

Sebenarnya aku belum habis tulis PART 2 : Pengalaman Belajar di UMS sebab aku rasa banyak sangat benda aku nak cerita dalam post tu hahahaha. Tapi InsyaAllah aku akan siapkan dalam bulan ni jugak. Oleh itu, aku buat keputusan untuk siapkan post ni dahulu sebab tak lama lagi graduan yang telah konvo pada tahun 2018 berkemungkinan perlu mula membayar HUTANG PTPTN termasuklah aku hahaha. Kalau ikut kiraan, bulan 9/10 ni dah kena mula bayar... Jadi aku nak ajar korang cara-cara nak SEMAK PENYATA BAKI PTPTN korang..


Langkah 1 - Buka laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp (seperti dalam gambar)
Langkah 2 - Isi No. Kad Pengenalan & Kata Laluan yang korang guna semasa memohon PTPTN.

(Kalau lupa kata laluan, boleh RESET tapi korang jangan lupa pulak E-mel yang digunakan untuk memohon PTPTN) 

Langkah 3 - Bila dah dapat log masuk, korang tekan bahagian Penyata Baki/Penyata Baki Terperinci .

Dekat Penyata Baki tu korang boleh lah tengok berapa jumlah HUTANG PTPTN yang korang perlu bayar. Jeng jeng jeng... Korang juga boleh bayar PTPTN kat situ guna servis FPX yang telah disediakan. Senang je nak guna , yang penting kena ada Online Banking. 

SOALAN : Boleh ke kita bayar sebelum keluar notis arahan bayaran balik? Boleh je kalau korang nak bayar sikit-sikit sebelum notis arahan bayaran balik dikeluarkan dan lebih bagus sebab bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula korang perlu bayar tak ada kos upah. Kalau ada persoalan, korang boleh rujuk dekat sini : FAQ PTPTN .

Senang je kan? Bila dah tahu berapa HUTANG PTPTN yang korang ada, bolehlah sedarkan diri anda sendiri bahawa anda mempunyai hutang yang banyak hahahah. Lainlah kalau korang dapat First Class waktu konvo haritu lol. Ayuh gais, kita kumpul duit sikit-sikit untuk bayar, tak payahla nak harap kerajaan bagi penghapusan Hutang PTPTN ( yang mungkin tidak akan terjadi hahaha). Lagi satu kena fikir jugak untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di Universiti nanti. PTPTN sekarang pun dah susah untuk dapatkan pinjaman penuh disebabkan ramai peminjam PTPTN tak bayar balik. 

Okay #donebebel. Bye.... 



1 comment:

designed by Charming Templates