Penstrukturan Bayaran Balik PTPTN. Macam mana nak buat?

Assalamualaikum & Hi gais...

Sejak kerja ni memang tak ada masa nak update blog ni. Tapi memandangkan sekarang aku dapat cuti  14 hari sempena Kawalan Pergerakan COVID-19, jadi sekarang aku memang tengah FREE. Bukan senang nak dapat cuti panjang macam ni, lagi2 kerja bidang retail macam aku. Kan? Moga-moga kes COVID-19 kat negara kita dapat dikawal secepat mungkin oleh warga KKM dan lain-lain. Amin.. Kita rakyat malaysia yang kena cuti, duduk diam2 kat rumah tau!

Kita straight to the point pasal Penstrukturan Bayaran Balik PTPTN. Apa tu? Penstrukturan Bayaran Balik PTPTN ni adalah cara untuk korang kurangkan bayaran bulanan mengikut kemampuan kewangan semasa. 

Bulan Disember 2019 lepas, aku pergi pejabat PTPTN dekat UTC Kuantan nak tanya pasal hal ni. Kalau ikutkan dokumen perjanjian PTPTN yang aku sign masa nak mohon dulu, setiap bulan aku perlu bayar RM178.89 selama 180 bulan (tak termasuk kos pentadbiran). Tapi yelah gaji aku kerja sekarang ni tak banyak mana pun, jadi aku buat keputusan untuk buat penstrukturan. Masa pergi pejabat PTPTN tu pegawai tu jelaskan syarat-syarat nak buat penstrukturan macam kat bawah ni. 

Sumber : PTPTN

Yang paling penting bila nak buat penstrukturan bayaran balik ni, kena tengok point no. dua. Setiap peminjam lain bayaran yang perlu dijelaskan sebab kena tengok berapa jumlah tunggakan yang korang ada. Macam kes aku, pegawai tu nasihatkan aku untuk kumpul duit dalam RM1000 dulu (masa tu tungakkan yang aku tak banyak dalam RM200-300 je). Bila dah cukup kumpul RM1000, pegawai tu suruh contact dia balik. Korang bagitahu la pegawai berapa jumlah yang korang mampu bayar tiap-tiap bulan tapi " Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% - 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN " - PTPTN. 

Februari 2020 , aku pun contact  balik pegawai tu untuk uruskan pasal penstrukturan. Alhamdulillah, pegawai yang aku berurusan ni sangat-sangat membantu. Dia suruh aku bayar tunggakkan dulu dengan duit RM1000 yang aku dah kumpul dan dia akan terus proceed urus dokumen bila bayaran dah masuk dalam sistem. Dalam dua tiga hari lepas tu, aku pun pergi pejabat PTPTN balik untuk sign dokumen perjanjian yang baru. 

Bila korang buat penstrukturan bayaran balik, korang kena sign dan lekat setem hasil RM10 dekat dokumen perjanjian yang baru untuk mengesahkan korang setuju untuk bayar jumlah yang korang bincang dengan pegawai PTPTN. Lepas tu, SIAP!

Pegawai PTPTN tu cakap jugak, walaupun bayaran bulanan korang dah dikurangkan, tak jadi masalah untuk bayar lebih pada bila-bila masa korang ada duit lebih. Lagi banyak bayar setiap bulan, lagi cepat hutang korang habis.

Okay tu je. Bye :) 

No comments:

Post a Comment

designed by Charming Templates