Perjalananku Selepas SPM Part 1


Assalamualaikum dan Hi semua !
Result SPM sebulan dah keluar. Baru je lagi tapi rasa masa bergerak lambat sangat. Tak tahu kenapa. Maybe sebab dah bosan kot duduk rumah tak buat apa2. Makan , tidur , tengok tv , main laptop . It goes around like that everyday. Nak kerja tak boleh. Nak drive tak boleh jugak. Lifeless everyday. -,-
 Kadang2 perasaan nak pergi sekolah balik ada jugak tapi sikit jelah. Hahahaha. Sebenarnya nak pergi sekolah balik sebab nak jumpa kawan2 je. Yeah, sejak lepas SPM ni kurang dah bercakap, berjumpa dengan diaorang. Bercakap pun guna twitter , bbm dan whatsapp je. It seems not enough for me. Masuk IPTA ke , masuk Matrik ke lagilah susah nak jumpa. Tak semestinya kitaorang sambung belajar kat tempat yang sama.

So, untuk sambung belajar lepas spm, saya telah memohon Matrikulasi dan UPU je. Dua tu je. Form 6 kalau kita layak kita dapatlah dan tak perlu daftar. Jadi kiranya saya ada tiga cabang untuk sambung belajar. Kalau boleh saya nak masuk matrikulasi sebab saya rasa ada peluang nak ambil course yg saya minat bila masuk Ijazah.


Tarikh Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi :
25/4/2013

Tarikh Keputusan Kemasukan ke IPTA:
Minggu ke-3 bulan 5

Hari ni dah 23/4/2013 . Tinggal 2 hari lagi sebelum keputusan matrik keluar. Harap2 dapat.
Untuk UPU saya pilih course:
1. Kejuruteraan Kimia
2. Kejuruteraan Am
3. Sains Aktuari
4. Kimia Perindustrian
Yang lain tak ingat dah hahaha. Entah macam mana saya minat sangat course yg berkaitan kimia . Dari mana entah datang.

Okay nanti saya bagitahu kay result matriks macam mana. *takde idea nak tulis dah T.T*

BOIIIII.

No comments:

Post a Comment

designed by Charming Templates