Let's talk about braces


Assalamualaikum dan Hai semuaa :)
Yes , dalam bulan lima ni saya akan mula memakai pendakap gigi / braces. Setelah 2 tahun lebih menunggu, akhirnya saya dalam process memakai. Saya buat dengan Klinik Kerajaan. So, kena tunggu setahun lebih jugak. Kalau nak buat kat swasta yg 3-6K tu jangan harap dapat sebab keluarga bukanlah kaya. Lagipun baik duit tu digunakan utk benda lain. Tapi kalau setakat yg klinik kerajaan punya bayaran hanyalah RM700. Kalau ada ibu bapa kerja kerajaan lagilah senang. Guna GL seperti saya.

Saya adalah survey2 dekat blog blogger yang pernah/sedang memakai braces. Memang excited lah nak pakai tapi kebanyakannya diaorang buat kat klinik swasta. Hanya beberapa je yg buat kat kerajaan punya. Yelah, klinik kerajaan kena tunggu lama... Macam saya sy daftar masa FORM 3 (2010) akhir tahun. Masa ni adalah pakat2 ngan kawan dua tiga orang nak pakai braces so kitaorang amik surat sekolah sebab boleh buat free. Daftar2 tuhh, check2 gigi pastu doktor tanya "kenapa nak pakai braces" . Dah habis sesi soal jawab tuh, keluar dapat temujanji baru pada 26/1/2011.

Masa 26/1/2011 ni tak ingat buat ape sebab dah lama sangat hahahaha. rasanya masa nih datang sekejap pastu dia cakap "okay kami akan masukkan adik dalam waiting list" hampeehh je masa tuu.... Pastu lama jugak tunggu sampailah satu masa balik dari sekolah.

(dalam kereta)
MAMA : Klinik dah telefon . Dia tanya still nak buat ke braces. Pastu mama ckaplah nak teruskan. Dia suruh datang klinik.

Exitedlah sebab dah lama tunggu. Yelah, masa tuh dah malas nak buat braces . Tiba2 dapat harapan. JENG3. Pastu pergi klinik , dia check kebersihan gigi. Klinik kerajaan dia strict sikit. Kalau gigi tak bersih , dia takkan teruskan rawatan. Dia ajarlah cara berus gigi dgn bersih, flos . Macam balik darjah satu pun ada. Masa dia check kebersihan ni, dia akan suruh kita kemam ubat warna pink... tak rasa apa2 cuma nnti lepas berkumur kita akan nampak lah warna pink melekat kat gigi. Kalau ada warna pink tuh maksudnya gigi kita tak dicuci dengan bersih. Pastu saya disuruh utk memberus gigi, dia akan lihat hasil selepas saya gosok gigi. Kalau still ada lagi maksudnya cara saya gosok gigi tak betul. Part ni lah banyak ku sangkut sebab gigi kan berlapis so susah nak gosok tempat tu. TIGA KALI saya repeat buat benda sama. Sebelum kali terakhir check kebersihan gigi, memang saya selalu gosok gigi dan amalkan mengflos gigi. Akhirnya menjadi kebiasaan pulak.

Okay habis cerita tuhh, akhirnya saya diberi appointment lain , yg tuhh kena sambung nnti ler... penat dah ni ! HAHAHAHA.

No comments:

Post a Comment

designed by Charming Templates