Follow Dashboard
Tokens?



It's Me;




Nur Syabira Anis
Eighteen , 22/11/95
Kuantan , Pahang
Disclaimer;



1. You read,you shut your mouth.
2. Copycats are banned from here.
3. I pleasure you get out from this blog if don't like me.
4. Don't write harsh word in cbox.
5. Leave your links, if want I follow you back.
About Social Tutorial Home

Talk here;

History;

» October 2010
» January 2012
» February 2012
» January 2013
» February 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» August 2013
» October 2013
» May 2014
Twiter;




Followers;

Follow Button

Nuffnang;



Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner;Syabira Anis
Cara nak survive kat matrik.
May 12, 2014 | 5/12/2014 12:40:00 AM | 2 comments

Assalamualaikum dan Hai.
Matrik susah?
Matrik kena struggle? 
Matrik itu ini ?
Haaaa mesti korang anggap matrik macam tu kan. Btw, 90% anggapan saya sebelum matrik salah. Sebenarnya matrik ni tak susah kalau korang tahu cara nak survive.
Meh akak nak habaq sikit.

1. Carry Mark
Nanti kat matrik, class pertama utk setiap subjek, pensyarah akan terangkan bahagian markah. Setiap subjek ada bahagian markah untuk dicampur. Contoh,
Kimia:
10% UPS
10% Pernilaian Berterusan (PB)
10% Lab
70% PSPM
Kat matrik pensyarah dia macam cikgu kat sekolah . Still boleh tolong korang dapatkan markah/pointer tinggi. UPS tu Ujian Pertengahan Semester , 10% je markah diambil. Yg PB dan lab tu korang dah boleh secure kalau berkelakuan baik dgn pensyarah, datang kelas, buat lab report. PSPM 70 % je markah diambil. Kalau PB dan lab korang dapat penuh, UPS dalam 5% ke atas , PSPM dapat 50% tak jadi masalah utk korang dapat A utk subjek tu. See betapa senangnya matrikulasi ni.

2. Bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian.
10 bulan je dik , 10 bulan je nak belajar kat matrik. Cakap je Program Satu Tahun TAPI belajar 10 bulan je. Struggle lah habis habisan untuk 10 bulan ni. Ingatlah matrikulasi ni adalah laluan pantas korang nak ambil degree. Struggle lah demi ibu bapa korang. Kalau korang nak sesuatu course tu usahalah.
Nak main main kat matrikulasi? Boleh tapi ada hadnya.

3. Jaga hubungan.
Hubungan dengan ALLAH yg penting. Hubungan dengan ibu bapa , pensyarah , kawan kawan, staff kolej dan lain lain.
Kalau boleh rajinkan diri pergi jumpa pensyarah after class/masa terluang. Korang boleh tanya pensyarah korang apa yg korang tak faham dan pandai. Serius ada pensyarah suka sangat sangat kalau student jumpa dia kat cubical.
Masa kat Matrik nilah korang semai persahabatan dengan budak kelas yang lain negeri dan berlainan perwatakan di kalangan orang yg seusia korang. Serius kat matrik ni persahabatan sangat berharga. Jaga percakapan korang dengan rakan rakan.
Couple? Isu sensitif ni. Emm korang fikirlah sendiri. Buat apa nak berkepit setiap hari, duduk kat tempat gelap, buat something yg melebihi had , dan macam macam lagi. Sorry to say . Fikirlah sendiri.

4. Outing dan balik bermalam.
Kalau korang duduk dekat ngan matrik sudah semestinya nak balik setiap minggu. NO NO. Serius dari pengalaman, kalau balik setiap minggu time hujung minggu, memang taklah korang nak study kat rumah. Better duk kat kolej untuk study hahah walaupun saya tak buat jugak. Outing better dalam sebulan sekali je.

5. Pengaruh
Kat Matrik, mental kena bersiap sedia sebab banyak sangat pengaruh. Lebih lebih lagi sekarang zaman teknologi. Biasalah tu, semua nak pakai smartphone, beli itu ini dan macam macam. Pengaruh nak makan takpe hahahahahaa. Ini kena korang rasa sendiri. Kat Universiti banyak lagi pengaruh yang tak baik, so kat Matrik kenalah cuba atasi pengaruh2 tersebut. Jangan sampai pengaruh yg tak baik tu effect study korang.

6. Aktiviti Kolej.
Terus terang banyak aktiviti kolej korang boleh join. Kalau kat KMPk ada jawatankuasa:

JPP- Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Ini macam jawatankuasa tertinggi jugak lah. Ada pilihan raya dan manifesto. Kalau nak markah koko tinggi dan nak cuba memimpin pelajar try lah jadi. Dah jadi JPP ni, pikul dan laksanakan tangunggjawab korang betul betul. Amatlah digalakkan join dan jangan malu malu. Serius korang boleh belajar macam macam.

JMM- Jawatankuasa Masjid Maghfirah. Only in KMPk. Jawatankuasa tertinggi jugak untuk Masjid Maghfirah. Kalau korang berkemampuan dan mempunyai ciri ciri yg sesuai bolehlah mohon. Amat juga digalakkan utk mohon jawatan ni untuk menjadikan islam lebih teguh di KMPk. Tanggungjawab besar , maka kenikmatannya juga besar.

PRD ( Pembimbing Rakan Dinamik ) - terhad jawatan ini. Seperti yg saya tahu, diaorang handle majlis majlis yg berkaitan dengan akademik.

JAKTI ( Jawatankuasa Kolej Kediaman) - jawatankuasa kat blok kediaman.

BIRO- jawatankuasa dibawah EXCO JPP. Dimana korang tolong JPP utk handle aktiviti.

Sukarelawan KAKOM- jadi sukarelawan KAKOM.

Selain itu kat matrik ada aktiviti besar macam:

KAKOM- Kalau korang ada asas sukan, pandai main sukan, berminat dengan sukan dan berkemampuan sila masuk KAKOM. Korang boleh support markah koko 10% walaupun korang tak pegang jawatan apa apa kt kolej. Banyak untung jadi budak KAKOM. Serius!

SIPMA- Kalau korang menang sukan kat KAKOM, korang kan bertanding kat SIPMA pulak.

Then, kalau korang budak biasa biasa je, try grab position dalam kelab KOKO korang. KOKO korang akan ada untuk 1 sem depend pada modul korang. Lebih baik kalau jawatan tinggi. Jangan buat tak endah, sebab markah koko susah nak dapat korang tak try buat something.

7. Lecture Note
Memang dah rutin korang nanti masuk matrik beli lecture note. 5% dari duit elaun digunakan utk lecture note. Serius saya rasa senang sebab lecture note memang banyak membantu. Kimia yang susah sebenarnya senang nak faham. Gunakan lecture note dengan sebaiknya. Ada sesetengah orang tak perlu pun buku rujukan sbb lecture note kira dah lengkap sebenarnya.
Untuk budak yang ambil Biology, mostly pensyarah akan suggest beli CAMPBELL . Campbell adalah buku rujukan biology international. Korang nak beli, tak nak pun takpe.

8.Guna masa yang terluang dengan sebaiknya
Kat matrik ni masa dia kadang2 tak cukup nak buat assignment. Depend laaa pada seseorang tu assignment dia banyak mana. Ada org dia tak banyak assignment. Korang nak luangkan masa ngan kawan2 , pergi bersenam , jalan jalan satu kmpk boleh tapi kena limit kan sikit masa tuh. From my experience lah, ada student tuh dia dapat 4 flat sebab dia selalu buat tutorial dan guna masa dia dengan sebaiknya.



hmmm, tu je kot. Bye.

Matrik dah habis, so?
| 5/12/2014 12:30:00 AM | 1 comments

Assalamualaikum dan Hai.
Setelah 10 bulan di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) , saya akhirnya habis belajar kat matrik. Sekarang tengah menganggur di rumah je hikhik. Emm rasanya budak 96's dah tahu kan korang dapat ke tak Matrikulasi/STPM kan? Macam mana? Korang dapat Matrikulasi ke Form 6? Tapi kemungkinan adik adik nak tunggu UPU dulu kan?
Mengimbau kenangan masa lepas SPM dulu dulu,  serius tak tahu nak  apply apa. Matrikulasi memang masa kat sekolah dah apply. Then UPU, serius tak tahu nak apply course apa. Okay, then bila result Matrikulasi & UPU keluar, kena buat keputusan betul2. Parents support je nak gi Matrik or U. Saya dapat Matrikulasi dan Diploma Kejuruteraan Awam ( UITM). Dua dua tempat belajar ni jauh. Matrik kat Perak, UITM kat Pasir Gudang.
Lepas fikir panjang, saya pilih pergi Kolej Matrikulasi Perak sebagai pelajar Program Satu Tahun (PST). Memang mula mula takut nak pergi Matrik sebab banyak cerita yang cakap matrik ni susah dan sebagainya. Emmm bila dah pergi matrik ni, saya rasa cerita yang saya dengar tu tipu belaka. Serius tak saya tak tipu.
Kolej Matrikulasi Perak, sebuah kolej matrikulasi yang paling best kot. Sebab:

1. Outing dan balik bermalam bila bila masa. Tidak boleh pada masa tertentu je contohnya kalau minggu tu dekat dgn minggu exam.
2. Permandangan yg sangat indah & persekitaran yang selesa.
3. Air pagi pagi sejuk gila hahaha
4. HEP yg ohsem i think haha
5. Ada Pak Cik Mus.
6. Makanan kat cafe yang bermacam macam. Kalau tak tahan nafsu habislah haha
7. Lecturer yg sporting , baik , berpengalaman , dan best.
8. Masjid Al-Magfirah
9. Jalan yang bukit bakau. Boleh kurus haha
10. Anjung Siswa yang jarang kosong.

Banyak lagi tapi tak teringat hahah. Emmm kalau nak tahu, kenalah pergi belajar kat KMPk.
Okay, matrikulasi ni for me emm tak susah. Kalau korang boleh seimbangkan pelajaran dengan bermain insyaAllah tak kecundang. Memanglah mula mula masuk matrik memang banyak kejutan budaya bak hang. Kena jaga duit sendiri , belajar jauh dari rumah, kena buat semua sendiri dan banyak lagi.
Kalau nak masuk matrik, korang tetapkan dalam hati yang korang nak dapat keputusan cemerlang bukan 4flat semata mata. Macam saya, SPM takdelah gempak mana tapi kat matrik saya tebus balik. Alhamdulillah result PSPM 1 lebih daripada apa sy target.
Tengok movie , lepak tu semua boleh tapi jangan over. Then masa nak exam/study week gunakan masa tu sebaik mungkin. Jangan menyesal lepas exam sebab tak boleh jawab.

Penat den menaip. 
BYE.

UPS END, PSPM START.
Oct 3, 2013 | 10/03/2013 12:09:00 AM | 0 comments

Assalamualaikum dan Hai semua :))
Again, it's me. Pejam celik pejam celik dah tinggal kurang dari 5 minggu lagi ( entah betul ke tak) SEMESTER 1 dekat matrik. Ya Allah cepat betul masa berlalu. Haritu dah exam UPS 1 dan sekarang kena exam PSPM 1 pulak. Takutnyaaaaaaa :'( .  Nak baca bio yang never ending story punya bab, math yang  banyak tak paham , chemistry yang makin lama makin susah dan sc komp yang hanya satu2 subjek gua target A. Haaaaaaa nampak tak gua manyak takut sama pspm maaaaa!

Okay, result UPS 1 haritu was so not bad laaaa... Pendekkan cerita, gua dapat pointer 3.0 jeeee. ( Syabira kau kena bersyukur) . I told my mom, she said i need to get pointer 3.5 and above. Apapapun , gua bersyukur , atleast takde fail dalam mana2 subjek. PSPM memang susah, gua tahu..... so kena doublekan usaha gua yg ciput ni. Dahlah malas nak buat tuto ..... berangan je dalam bilik.

PSPM ni gua target atleast gua dapat 3.5 ke atas. 25 October 2013 kitaoarng dah start exam PSPM 1. See tak lama lagi nak cuti semester, eh , PSPM 1. Sebenarnya dah excited bila dapat balik utk hari raya haji nanti tapi nervous sebab lepas cuti ada MUET !! DAN  STUDY WEEK ! LEPAS TU PSPM 1.
Fuhhhh banyak betul cabaran lepas cuti.

Okaylah, sebelum gua mengarut banyak lagi pasal pspm. Lebih baik gua stop.

GOOD LUCK UTK RAKAN2 SEPERJUANGAN MATRIK YG LAIN. KITA BOLEH! 4 FLAT 4 FLAT! DAN BAND 6 FOR MUET !!!!!
*Tetiba guna gua pulak. Sorry.


Old things