Cara nak survive kat matrik.


Assalamualaikum dan Hai.
Matrik susah?
Matrik kena struggle? 
Matrik itu ini ?
Haaaa mesti korang anggap matrik macam tu kan. Btw, 90% anggapan saya sebelum matrik salah. Sebenarnya matrik ni tak susah kalau korang tahu cara nak survive.
Meh akak nak habaq sikit.

1. Carry Mark
Nanti kat matrik, class pertama utk setiap subjek, pensyarah akan terangkan bahagian markah. Setiap subjek ada bahagian markah untuk dicampur. Contoh,
Kimia:
10% UPS
10% Pernilaian Berterusan (PB)
10% Lab
70% PSPM
Kat matrik pensyarah dia macam cikgu kat sekolah . Still boleh tolong korang dapatkan markah/pointer tinggi. UPS tu Ujian Pertengahan Semester , 10% je markah diambil. Yg PB dan lab tu korang dah boleh secure kalau berkelakuan baik dgn pensyarah, datang kelas, buat lab report. PSPM 70 % je markah diambil. Kalau PB dan lab korang dapat penuh, UPS dalam 5% ke atas , PSPM dapat 50% tak jadi masalah utk korang dapat A utk subjek tu. See betapa senangnya matrikulasi ni.

2. Bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian.
10 bulan je dik , 10 bulan je nak belajar kat matrik. Cakap je Program Satu Tahun TAPI belajar 10 bulan je. Struggle lah habis habisan untuk 10 bulan ni. Ingatlah matrikulasi ni adalah laluan pantas korang nak ambil degree. Struggle lah demi ibu bapa korang. Kalau korang nak sesuatu course tu usahalah.
Nak main main kat matrikulasi? Boleh tapi ada hadnya.

3. Jaga hubungan.
Hubungan dengan ALLAH yg penting. Hubungan dengan ibu bapa , pensyarah , kawan kawan, staff kolej dan lain lain.
Kalau boleh rajinkan diri pergi jumpa pensyarah after class/masa terluang. Korang boleh tanya pensyarah korang apa yg korang tak faham dan pandai. Serius ada pensyarah suka sangat sangat kalau student jumpa dia kat cubical.
Masa kat Matrik nilah korang semai persahabatan dengan budak kelas yang lain negeri dan berlainan perwatakan di kalangan orang yg seusia korang. Serius kat matrik ni persahabatan sangat berharga. Jaga percakapan korang dengan rakan rakan.
Couple? Isu sensitif ni. Emm korang fikirlah sendiri. Buat apa nak berkepit setiap hari, duduk kat tempat gelap, buat something yg melebihi had , dan macam macam lagi. Sorry to say . Fikirlah sendiri.

4. Outing dan balik bermalam.
Kalau korang duduk dekat ngan matrik sudah semestinya nak balik setiap minggu. NO NO. Serius dari pengalaman, kalau balik setiap minggu time hujung minggu, memang taklah korang nak study kat rumah. Better duk kat kolej untuk study hahah walaupun saya tak buat jugak. Outing better dalam sebulan sekali je.

5. Pengaruh
Kat Matrik, mental kena bersiap sedia sebab banyak sangat pengaruh. Lebih lebih lagi sekarang zaman teknologi. Biasalah tu, semua nak pakai smartphone, beli itu ini dan macam macam. Pengaruh nak makan takpe hahahahahaa. Ini kena korang rasa sendiri. Kat Universiti banyak lagi pengaruh yang tak baik, so kat Matrik kenalah cuba atasi pengaruh2 tersebut. Jangan sampai pengaruh yg tak baik tu effect study korang.

6. Aktiviti Kolej.
Terus terang banyak aktiviti kolej korang boleh join. Kalau kat KMPk ada jawatankuasa:

JPP- Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Ini macam jawatankuasa tertinggi jugak lah. Ada pilihan raya dan manifesto. Kalau nak markah koko tinggi dan nak cuba memimpin pelajar try lah jadi. Dah jadi JPP ni, pikul dan laksanakan tangunggjawab korang betul betul. Amatlah digalakkan join dan jangan malu malu. Serius korang boleh belajar macam macam.

JMM- Jawatankuasa Masjid Maghfirah. Only in KMPk. Jawatankuasa tertinggi jugak untuk Masjid Maghfirah. Kalau korang berkemampuan dan mempunyai ciri ciri yg sesuai bolehlah mohon. Amat juga digalakkan utk mohon jawatan ni untuk menjadikan islam lebih teguh di KMPk. Tanggungjawab besar , maka kenikmatannya juga besar.

PRD ( Pembimbing Rakan Dinamik ) - terhad jawatan ini. Seperti yg saya tahu, diaorang handle majlis majlis yg berkaitan dengan akademik.

JAKTI ( Jawatankuasa Kolej Kediaman) - jawatankuasa kat blok kediaman.

BIRO- jawatankuasa dibawah EXCO JPP. Dimana korang tolong JPP utk handle aktiviti.

Sukarelawan KAKOM- jadi sukarelawan KAKOM.

Selain itu kat matrik ada aktiviti besar macam:

KAKOM- Kalau korang ada asas sukan, pandai main sukan, berminat dengan sukan dan berkemampuan sila masuk KAKOM. Korang boleh support markah koko 10% walaupun korang tak pegang jawatan apa apa kt kolej. Banyak untung jadi budak KAKOM. Serius!

SIPMA- Kalau korang menang sukan kat KAKOM, korang kan bertanding kat SIPMA pulak.

Then, kalau korang budak biasa biasa je, try grab position dalam kelab KOKO korang. KOKO korang akan ada untuk 1 sem depend pada modul korang. Lebih baik kalau jawatan tinggi. Jangan buat tak endah, sebab markah koko susah nak dapat korang tak try buat something.

7. Lecture Note
Memang dah rutin korang nanti masuk matrik beli lecture note. 5% dari duit elaun digunakan utk lecture note. Serius saya rasa senang sebab lecture note memang banyak membantu. Kimia yang susah sebenarnya senang nak faham. Gunakan lecture note dengan sebaiknya. Ada sesetengah orang tak perlu pun buku rujukan sbb lecture note kira dah lengkap sebenarnya.
Untuk budak yang ambil Biology, mostly pensyarah akan suggest beli CAMPBELL . Campbell adalah buku rujukan biology international. Korang nak beli, tak nak pun takpe.

8.Guna masa yang terluang dengan sebaiknya
Kat matrik ni masa dia kadang2 tak cukup nak buat assignment. Depend laaa pada seseorang tu assignment dia banyak mana. Ada org dia tak banyak assignment. Korang nak luangkan masa ngan kawan2 , pergi bersenam , jalan jalan satu kmpk boleh tapi kena limit kan sikit masa tuh. From my experience lah, ada student tuh dia dapat 4 flat sebab dia selalu buat tutorial dan guna masa dia dengan sebaiknya.



hmmm, tu je kot. Bye.

4 comments:

  1. pspm ni kan dia ikut sem ke cemna? contoh sem 2 pspm silibus dari sem 1 or sem 2 ja?

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum....saya dari kmpk juga...huhu....saya nak tanya...macam mana nak kawal stress dan ketakutan semasa blajar. Sebabnya...bila saya masuk ja dalam bilik mood saya jd down dan takut

    ReplyDelete
  3. Tumpang komen... Adik adik nak masuk matrik ni kena ada mindset, pastu pilih modul yg betui, jgn ragu ragu, pastu jgn gatai garik nak cari jantan or gf, boleh la setakat crush, berjaya sma sma, hohoho, study biaq konsisten, jgn ketinggalan, nak kata stress tu dak sgt, ada la masa tpi enjoy ja.. Rumet ada kawan ada... Sumpah matrik ni best lepas hbis skola, jgn menyesai masuk matrik.... Akak pointer 3.85 sem 1 4.00 sem 2,alhamdulillah... Syukur.. Tpi dik satu ja pesan jgn riak, jgn takbur, tlong kawan kawan. .. Pointer tggi pwn tak menjamin kos yg kritikal etc medic bagai adik akan dpat,.. Suma based on rezeki dan iv... Pesanan kkak... Adik adik... Btlah yg terbaik, enjoy your life... Keluar ptg ptg amik fresh air... Jgn terlalu leka okay? All the best matrik stidents... All the to all moslims... Amiin semoga adik suma berjaya dunia akhirat huhuhu

    ReplyDelete
  4. Asaalamualaikum...nak tanye...skrg akak ambil kos ape lepas habis matriks?

    ReplyDelete

designed by Charming Templates