Persiapan Ke Matrik Part 2


Assalamualaikum dan Hai semuaaaaaaa :)

Jadi........ pada 27hb saya akan mendaftar di Kolej Matrikulasi Perak. Saya nak update laah sikit2 pasal persiapan saya ke matrik. Emm, saya akan tinggalkan negeri saya dan daerah saya iaitu, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Hurmm, sedih sebenarnya ni *lap air mata* . Saya tahu bukan saya sorang macam ni , ramai lagi.... Lainlah kalau saya dapat Matrik Gambang yg kat Kuantan nii.... takdelah saya over-sedih kan? Sebab bukan negeri orang. 

Saya mengeluh, berfikir sejenak ketika mengemas barang.. "Emmmm, adakah ini keputusan yang baik? " Tapi saya dah tetapkan kat hati, apa kata saya cuba dahulu. Berat betul hati nih nak tinggalkan rumah , mama , abah , tv dan rabbit kesayangan... Tak terkata bagaimana perasaan saya sekarang.

*Kita tinggalkan mood yg sedih sekarang*

Walaubagaimanapun, saya akhirnya siap mengemas barang2 saya. Banyak jugak... Saya cuba meminimumkan barang tetapi tidak berjaya huahuahuahua ....  Lagi2 ada satu kotak air mineral... hihihihi..

Luggage baju , bantal dan baldi+bakul+barang mandi dll


Sekotak air mineral (di belakang, tak nampak) , barang seperti kasut... dll

Banyak kan? Ni kira sikit dah ni. hahahahaha *Sedapkan hati*


Selamat tinggal keluargaku, rabbit2 ku yg comel, kawan2 ku, orang yg mengenaliku, Kuantan , dan banyak lagi.. Semoga aku berjaya di Kolej Matrikulasi Perak/ Kelantan. Semoga aku belajar bersungguh2 di sana. Semoga Allah merahmati aku dan memberkati semua pelajaran yg ku belajar di sana. Semoga Allah jadikan aku seorang yang berguna. Semoga kawan2 yg lain berjaya ketika sambung belajar. Semoga aku menjadi orang yg beriman. Amin.....

ALL THE BEST FOR KAWAN2 YG PERGI MATRIK / IPTA / IPTS & FORM 6 :)


p/s: Saya mintak maaf sangat2 kalau ada bloggers yg ajak saya join segmen/giveaway baru2 ni. Saya tak sempat nak join. Saya mungkin akan jarang update blog nih setelah bergelar pelajar matrik nanti. Kalau ada kesempatan bolehla saya cuba untuk update. InsyaAllah. Doakan saya berjaya nanti :) Tinggalkan jejak anda jika anda follow saya. Saya akan follow balik kalau ada masa. 
 Sambungan daripada: Persiapan Ke Matrik Part 1

No comments:

Post a Comment

designed by Charming Templates