Test Kelayakan and JPJ

Assalamualaikum and Hi semua.
Okay, post ni lama dah nak buat. Sorry kay. Banyak masa sebenarnya untuk tulis post ni. Kan tengah menanam anggur ni. Padahal kerja tiap2 hari makan tidur makan tidur tapi still tak boleh nak tulis post nih. Hahaha. FYI, result SPM 2012 pun dah keluar. 21/3 haritu. Malam sebelum hari keluar result tu takyah cakap ah debor dia macam mana. Actually, kalau nak dibandingkan dengan masa nak ambil result PMR dulu, rasanya time ni takdelah apa2 pun. hahaha. My mom cakap masa PMR dulu, saya tension+stress seminggu. Idk really about that. hahaha. Apa apa pun, result SPM saya ALHAMDULILLAH baik. Maybe saya tak dapat straight A or whatever tapi result ni kira okaylah wlaupun tak mencapai target. Ni yang sedihnya. Tapi saya tetap bersyukur yg result saya semua lulus dan paling rendah pun C+. Hehehe. Yang lain tu saya tak bgtahu. Tahniah untuk sape yang dpat result gemilang, cemerlang, terbilang tu.

UJIAN KELAYAKAN.
Back to the point, saya amik ujian kelayakan ni tak ingat bila. Dalam bulan 1 kot. Kelayakan hari sabtu dan cuaca hujan. Mula2 takut jugak sebab cuaca tak baik. First time bawak time hujan. Pergi PMC Beserah dalam kul 8 camtuh. Tak pergi sendiri tapi abang yg ajar tu amik kt rumah. Pastu ada kakak ni, kak jiha nama dia , pun nak amik ujian kelayakan. Nasib ade gang. Time sampai tu tulis dalam satu buku log. Kat pondok B tu ade 2 orang tengah tunggu campur ngan kitaorg 4 org lah. Nasib tak ramai orang. Hujan lebat gila k, angin pun kuat.

Tunggu tak sampai 30 minit nama saya dipanggil, "Nur Syabira Anis !" . Hah mula debor masa tu. Tulis nama dan IC kat kertas ujian kelayakan pastu pakcik yg uji tu cakap " Okay, gi masuk dalam kereta dulu, ekjas kerusi,cermin, dan lain lain." So, masuk dalam kereta kancil yg comel tuh, start baca doa yg patut , baiki kerusi dan cermin, check lampu kecemasan dan lain lain. Pakcik yg uji saya tu memang sporting gila, sempat lagi masa nak start tuh, dia buat lawak. hahaha. Siap cerita pasal anak dia masa tengah buat parking. Banyak jugak tips2 saya dapat time ujian kelayakan. Dah habis ujian, tengok markah 18/20. hehehehe. For parking dan bukit semua markah penuh. Alhamdulillah.

So, pada saya ujian kelayakan ni sebenarnya adalah untuk kita baiki kesalahan kita sebelum diuji oleh pegawai JPJ. Masa ni lah kita dapat belajar apa yang lebih senang untuk kita buat. Peluang untuk lulus adalah 70% . 
 UJIAN JPJ
Selepas seminggu lebih belajar kereta, mengukuhkan kemahiran memandu apa semua tibalah masa untuk ujian JPJ. Saya buat ujian hari jumaat. Seperti biasa, pergi PMC Beserah awal pagi dalam kul 8.30 macam tuh. Sebelum ujian tuh sempat la jugak berlatih buat parking. Lebih 6 kali jugak . Time nih dah confident buat parking. Bukit tak boleh nak berlatih sebab ada ujian sedang dilakukan. Rupa-rupanya saya dapat kumpulan 2 which is mula pada pukul 10. Tapi nak berlatih untuk jalan raya tak sempat sebab dah kena panggil untuk berkumpul. Part yg tak boleh lupa time ni, abah datang tengok saya buat ujian JPJ. Abah sanggup balik dari Pekan untuk tengok saya. Terharu sekejap.


Mula2 buat bukit, Alhamdulillah lulus. Ada budak yg dah dua kali gagal, time tu dia buat still gagal cuz kereta terundur ke belakang. Semua orang yg tengok kesian kat dia dan berharap tak jadi macam dia. Dah lulus, ambik kertas ujian pergi kat tempat ujian parking. Tunggu nama dipanggil sambil2 tu tengok budak yg ujian JPJ motosikal. Tengah tunggu tu, tengoklah orang yg dah lulus parking dan tengah tunggu untuk buat jalan raya. Then, ada kakak ni dia gagal buat parking sebab dia cakap clutch kereta ujian tuh panjang sangat. Pastu dia cakap dia keluar daripada kereta sebab tak boleh buat parking dan give up sebab takut nak buat. Pegawai JPJ sendiri terkejut dia buat camtuh. Time giliran sampai, buat parking betul2 dan Alhamdullilah lulus jugak.

Then tunggu untuk jalanraya. Masa depressed gila sebab dapat jalanraya B . Pastu dah mindset yang mesti gagal sebab jalan ni ah selalu failed dan tak suka dan jugak banyak kena marah. hahahaha. So, redha jelahh. Disebabkan hari ujian tu hari jumaat, kan ada Solat Jumaat , jadi 12.30 ujian JPJ stop dan sambung balik kul 2. Tengok jam masa tuh , 12.15pm pastu fikir mesti tak sempat nak buat jalanraya nih sebab ada 2-3 orang lagi sebelum saya. Sangkaan saya meleset sebab dlam kul 12.25pm tu ada saya dipanggil untuk ujian jalanraya. Pegawai JPJ tu cakap , "Awak buat jalan C lah" Excited gila masa tuh. So, pgilah bwak ke jalan C. Stabil lagi masa tuh siap cakap2 agy ngan pegawai JPJ tuh. hehehe. Dekat depan sekolah kan kena bawak 30km/j tapi masa tuh pegawai JPJ tu cakap "Disebabkan saya dah lewat nak gi solat jumaat lagipun budak baru balik sekolah , saya bagi awak bawak atas 30km/j" Mula2 ragu jugak nak bawak atas 30km/j then bawak jugaklah. Memang sekejaplah, time ujian tuhh, dan Alhamdullilah enjin kereta tak mati. Kebetulan pulak kereta yg saya bawak tu sama dengan kereta yg saya bawak time ujian kelayakan.

Akhirnya saya lulus. *pendekkan cerita* hahahahaha. Bulan 3 dah dapat lesen P kereta. *wink wink*

Good Luck kpd yg nak amik ujian JPJ nanti. 
Tips:
1. Parking: Kalau clutch dia panjang, korang lepaskan yg cukup utk kereta tu bergerak je sebab kalau lepaskan terlalu banyak nnti enjin mati dan korang boleh bersiap sedia untuk brek. Ingatkan segala cara2 nak buat parking okay.
2. Kalau lupa step, korang tanya lah orang sebelah time nak duduk tunggu buat parking. Buat peramah sikit.
3. Nak hilangkan nervous, borak2 ngan org sebelah, main game ke tapi jangan syok sangat k.
4. Baca doa.
5. Jangan fikir sangat pasal pegawai JPJ tuh, garang ke , strict ke. Tak perlu cara.

Tu je kot. Mengarut je tips yg saya bagi. Apapa nak tanya, let me know k.
Byeeeeeee :)

No comments:

Post a Comment

designed by Charming Templates