Follow Dashboard
Tokens?



It's Me;




Nur Syabira Anis
Eighteen , 22/11/95
Kuantan , Pahang
Disclaimer;



1. You read,you shut your mouth.
2. Copycats are banned from here.
3. I pleasure you get out from this blog if don't like me.
4. Don't write harsh word in cbox.
5. Leave your links, if want I follow you back.
About Social Tutorial Home

Talk here;

History;

» October 2010
» January 2012
» February 2012
» January 2013
» February 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» August 2013
» October 2013
» May 2014
Twiter;




Followers;

Follow Button

Nuffnang;



Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner;Syabira Anis
Pengalaman Belajar Kereta Part 1
Feb 15, 2013 | 2/15/2013 12:50:00 AM | 0 comments



Assalamualaikum dan Hi semua :)
Harituh nak update blog dah. Dah lama dah. Tapi tak boleh sebab broadband tak boleh guna. Kalau guna tab pulak, tak best pulak. So, niat nak update tertangguh sampai lah hari ni. Hehe.
Wahhh, kan saya pernah cakap yg saya sekarang menghabiskan masa dengan buat lesen. So, harini nak citer sikit dan kongsi pengalaman. Kalau yg dah umur 17+ boleh la amik lesen kereta. Actually, abah suruh amik lesen kereta+motor. Tapi saya ni liat sikit nak belajar motor. Sebenarnya saya dah lama boleh bawak motor cuma tak sah di sisi undang2 je. Lagipun, saya tak suka belajar sorang2. Kalau ada geng takpe gak. Cuba bayangkan korang belajar motor depan orang ramai sorang2. Dahla litar dia depan2 pejabat dan kedai makan. Okay, memang orang tengok kan? -,-
So, saya amik lesen kereta dulu..

First time :
Nervous gila. Memang tahap gila la. Sebab tak pernah bawak kan. Okay, orang yang ajar saya tu LELAKI. Mula2 tak suka jugak, mana tahu dia ni gatal ke apa ke. Nama dia pun saya tak ingat. hehehe. Dia ajar lah yg basic : clutch,gear,minyak,kawalan stereng,brek,reversed. Biasalah orang first time belajar kan memang lah enjin mati. Abang yg ajar tuh selalu tegur "jangan lepaskan clutch tu cepat sangat. slow slow" Hahaha. Dah okay tu, bawak lah kereta pusing2 dalam PMC Beserah Kuantan tu sampai lah rasa puas. Lepastu, abang tu suruh saya bawak kereta sampai balik rumah saya. Tapi dia tolong ah masuk gear... Balik2 rumah mula sakit kaki dan tangan sebab first time bawak kereta kan. Berapa kali kot tekan clutch. Lainlah auto punya.


2nd,3rd,4th,5th time:
Hah! Ni part paling best. Sebab masa ni dah belajar parking dan bukit. tak lupa juga jalanraya. Parking mula2 tak pandai sebab lupa step dia. Ada sorang lagi pengajar perempuan dia tegur. Tak thulah dia tegur atau marah. hahahaha. Dah banyak kali belajar, Alhamdulillah okay jugak. Ni part yang saya paling pandai. Memang habis yakin ah. BUKIT, memang saya gerun. Selalu mati enjin masa mula2 belajar. Bila dah pandai sikit, abang tu bagi bawak sendiri naik bukit. Ada sekali tuh, awal pagi lagi... Tengah nak turun drpd bukit tuh, buat kali pertama terundur ke belakang semula. Bukan 1 kali.... Tapi 2-3 kali. Dah nervous, fikir macam mana ah nak buat. Akhirnya, lepas cuba sekali lagi, lepas gak. Nasib baik ah masa tu takde orang. Kalau tidak malu. Tapi ada jugak terundur time ada orang. Tapi fikir positif "aku tengah belajar,bakpe nak malunya". hahaha. JALANRAYA; hah! yg ni..... memang saya tak yakin. Yelah, selalu buat salah. Mati enjin lah,tak tengok cermin tepi lah,tak berhenti lah. Tapi abang yg ajar saya tak de ah marah2 sangat. cuma banyak nasihat lah... TAPI, yg akak yg ajar saya tuh, buat salah sikit, habis kena marah ngan dia. Ada tuh, saya tak nmpak line untuk berhenti depan lampu isyarat. Time tuh dlm pmc.
"Kenapa awak tak berhenti depan line tuh?"
"Em, tak sempat nampak. Turun bukit kan" Saya jarang berhenti kt lampu isyarat ni sebab tak perlu takpe.
"Awak amik ujian komputer berapa kali?"
"2 kali"
"Kenapa tak cukupkan 10 kali je?"
".........." *masa ni saya hanya cuma tersenyum je.
Okay, lepas belajar ngan akak tuh, sumpah tak nak belajar ngan dia dah. Tapi malangnya abang tuh dia busy ajar budak lain. So, terpaksa belajar jugak dgn akak tuh T.T Rupa rupanya akak tu dia sedang mengandung. Patutlahh, moody semacam je. Haih =='

Seterusnya:
Masa ni dah pandai parking, bukit. Jalanraya.... kureng sikit. Sebab tak pandai nak tukar gear ikut kelajuan. Setiap kali belajar...buat benda sama je lah..

Sememangnya dapat belajar kereta ni memang best. Memang takleh lupa lah.

TUNGGU PART 2 : TEST KELAYAKAN DAN JPJ


Old things | New things